- JBS Sarawak
- Hits: 6
68 Orang Peserta Sertai Sesi 3 Program Biggest Loser Di Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 12 MEI 2026 – Sesi 3 bagi Program Biggest Loser Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2026 Peringkat Negeri Sarawak telah dilaksanakan pada 9 Mei 2026 bertempat di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dengan penyertaan seramai 68 orang peserta.
Sesi kali ini dikendalikan oleh jurutunjuk, Andy Anthony Hajok, yang telah membimbing peserta melalui aktiviti senaman Pilates. Aktiviti Pilates memberi fokus kepada peningkatan fleksibiliti, keseimbangan dan kekuatan otot peserta.
Manakala sesi timbang berat badan telah dikendalikan oleh pihak urusetia program bagi memantau perkembangan serta pencapaian peserta sepanjang program berlangsung.
Program ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta yang hadir di Institut Kemahiran Belia Negara Miri. Pelaksanaan program ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kesihatan fizikal, malah turut memberi motivasi kepada peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan.
Sesi seterusnya bagi Program Biggest Loser ini akan diteruskan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian sebagai kesinambungan usaha ke arah mencapai matlamat program.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
