- JBS Sarawak
- Hits: 20
DAERAH PAKAN BAKAL MELAHIRKAN PEMIMPIN PELAPIS BELIA
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan Oleh : M. Johari, JBSN Sarawak
PAKAN, 2 Mei 2026 : Kesinambungan kepada kepimpinan belia sedia ada perlu diwujudkan dengan melatih bakal pemimpin belia, ilmu pengurusan organisasi. Kelab Belia Pekan Pakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, disokong oleh All Party Parlimentry Group Malaysia (APPGM, STG) dan ditaja oleh Yayasan Hasanah telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Organisasi Belia Daerah Pakan di Dewan Masyarakat Pakan.
Seramai 33 orang bakal pemimpin pelapis telah menyertai program ini. Sesi bengkel dengan 3 Modul utama telah dikendalikan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh YB Datuk Larry Sng Wee Shien, Ahli Parlimen P.209 Julau.
Terima kasih KBP Pakan kerana telah menjemput PBSB Sarikei bagi bekerjasama menjayakan program ini. PBSB Sarikei sentiasa komited dalam melaksanakan kerja-kerja belia demi pembangunan belia di daerah Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
