KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PENGUSAHA GIMNASIUM MALAYSIA (PPGM) KE JBS NEGERI SARAWAK

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PENGUSAHA GIMNASIUM MALAYSIA (PPGM) KE JBS NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak

KUCHING, 2 Mei 2026 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia (PPGM) merangkap Presiden Kelab Bina Badan Enrich, Encik Krishnakumar pada 30 April yang lalu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Pertemuan strategik ini memfokuskan kepada perancangan penganjuran kejohanan bina badan yang bakal diadakan di kawasan Parlimen YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Setelah berjaya menganjurkan siri jelajah di Semenanjung dan Sabah tahun lalu, PPGM kini memilih Kuching sebagai lokasi utama bagi meluaskan pengaruh sukan ini di bumi Kenyalang.

Pihak penganjur turut menekankan komitmen terhadap prinsip anti-doping dan sukan selamat, selaras dengan kredibiliti mereka sebagai pemegang dua rekod dalam Malaysia Book of Records.

Pihak Jabatan mengalu-alukan inisiatif ini dalam usaha menyemarakkan lagi budaya kecergasan dan meletakkan Sarawak sebagai destinasi penganjuran sukan yang dinamik.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search