- JBS Sarawak
- Hits: 6
PBSB Sibu Pererat Kerjasama Strategik Bersama PPD Selangau
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak
SELANGAU, 28 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) terus mengukuhkan jejaring kerjasama antara agensi menerusi satu kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangau hari ini. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim serta menyelaraskan perancangan program belia dan sukan di peringkat daerah.
Ketibaan delegasi PBSB Sibu disambut mesra oleh Puan Lucy Anak Meling, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan PPD Selangau. Pertemuan dua hala ini menjadi platform penting untuk berbincang mengenai kalendar program akan datang yang melibatkan penyertaan pelajar dan belia di bawah seliaan PPD Selangau.
Antara agenda utama yang dibangkitkan adalah hasrat murni PBSB Sibu untuk mempromosikan Anugerah Remaja Perdana (ARP) secara lebih meluas. Program pengiktirafan ini bertujuan untuk mencungkil potensi diri remaja dalam pelbagai bidang seperti kemahiran, khidmat masyarakat, dan rekreasi fizikal. Pihak PBSB Sibu berharap agar lebih ramai pelajar di kawasan Selangau tampil menyahut cabaran ini bagi memperolehi pengiktirafan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Puan Lucy Anak Meling menyambut baik inisiatif tersebut dan menyatakan kesediaan pihak PPD Selangau untuk memberi sokongan penuh dalam memastikan maklumat mengenai program pembangunan belia sampai ke peringkat akar umbi. Sinergi antara PBSB Sibu dan PPD Selangau ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang berketrampilan, berdisiplin, dan berdaya saing.
Pertemuan produktif ini diakhiri dengan azam kedua-dua agensi untuk terus bekerjasama erat demi memartabatkan masa depan belia di Bahagian Sibu, khususnya di Daerah Selangau.
#RakanMuda #PBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #KBSMalaysia #TeamKBS
