- JBS Sarawak
- Hits: 7
PBSB Sibu Perkukuh Kerjasama Bersama SMK Ulu Balingian Sempena Semarak Hari Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak
BALINGIAN, 28 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) terus menggiatkan usaha memperkasakan agenda pembangunan anak muda menerusi satu sesi perbincangan strategik bersama pihak SMK Ulu Balingian hari ini. Pertemuan tersebut diadakan bagi menyelaras pengisian program Semarak Hari Belia Peringkat Bahagian Sibu yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
Dalam kunjungan tersebut, wakil PBSB Sibu telah disambut oleh Encik Peter Limbau Anak Empir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Ulu Balingian. Inti pati perbincangan tertumpu kepada kolaborasi penganjuran aktiviti yang mampu memberi impak positif kepada belia, khususnya di kawasan luar bandar, agar mereka tidak ketinggalan dalam menerima pengisian pembangunan modal insan.
Encik Peter Limbau menzahirkan rasa penghargaan atas inisiatif PBSB Sibu yang proaktif turun ke lapangan untuk mendekati institusi pendidikan. Menurut beliau, kerjasama ini merupakan platform terbaik bagi para pelajar untuk mengenali fungsi Pejabat Belia dan Sukan serta peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam bidang sukan dan kepimpinan belia.
Bagi pihak PBSB Sibu, perbincangan ini amat penting bagi memastikan setiap program yang dirancang adalah relevan dengan keperluan belia masa kini. Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan belia dan sukan di peringkat bahagian, PBSB Sibu komited untuk memastikan Sambutan Hari Belia tahun ini menjadi wadah penyatuan dan pencapaian bagi seluruh komuniti belia di Sibu.
Kunjungan ini diakhiri dengan komitmen kedua-dua belah pihak untuk memastikan setiap perancangan berjalan lancar demi kecemerlangan generasi muda di Bahagian Sibu.
#RakanMuda #PBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #KBSMalaysia #TeamKBS
