- JBS Sarawak
- Hits: 5
Kunjungan Masjid Darul Firdaus Ke PBSB Sibu Bagi Konsultasi Penubuhan Kelab Rakan Muda Masjid
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak
24 APRIL 2026, SIBU – Kesedaran terhadap kepentingan menyediakan platform aktiviti yang sihat untuk belia di institusi ibadah semakin meningkat. Hari ini, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sibu telah menerima kunjungan proaktif daripada wakil Masjid Darul Firdaus yang hadir secara rasmi untuk mendapatkan bimbingan serta mengetahui proses penubuhan Kelab Rakan Muda Masjid.
Pertemuan yang berlangsung di pejabat PBSB Sibu ini dihadiri oleh Encik Muhammad Syafiq bin Mohd Nor dan Encik Wan Mohd Lukmanul Hakim bin Wan Mazli. Kehadiran mereka mencerminkan kesungguhan pihak pengurusan Masjid Darul Firdaus dalam memperkasakan peranan masjid sebagai pusat pembangunan modal insan bagi golongan muda di kawasan sekitar.
Sesi taklimat dan konsultasi ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Dalam sesi tersebut, beliau menjelaskan secara terperinci mengenai langkah-langkah pentadbiran, syarat penubuhan, serta modul aktiviti Rakan Muda yang boleh diadaptasi mengikut kesesuaian institusi masjid.
Pihak PBSB Sibu amat menghargai inisiatif "turun padang" yang dilakukan oleh pihak masjid. Langkah ini bukan sahaja memudahkan penyaluran maklumat yang tepat, malah mengeratkan lagi kerjasama antara pihak kerajaan dan pengurusan masjid dalam memastikan agenda belia sentiasa relevan dan inklusif.
Semoga usaha Masjid Darul Firdaus ini menjadi inspirasi dan contoh kepada masjid-masjid lain di Bahagian Sibu untuk tampil bekerjasama dengan PBSB Sibu dalam menyemarakkan lagi semangat Rakan Muda di peringkat akar umbi.
#RakanMuda #PBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #KBSMalaysia #TeamKBS
