- JBS Sarawak
- Hits: 4
Melestarikan Tugas, Meneruskan Amanah
- JBS Sarawak
- Hits: 4
Disediakan oleh : Nfks, JSBN Sarawak
17 APRIL 2026, SIBU – Satu sesi penyerahan nota serah tugas telah diadakan bagi memastikan kelancaran peralihan tanggungjawab dan kesinambungan operasi pejabat. Sesi ini melibatkan penyerahan tugas daripada Encik Melvin Chambai Anak Gurang, selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5, kepada Encik Mohd Nadzrul Idzlan bin Mohd Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan S6 (TBK1) yang akan mengambil alih peranan tersebut berkuat kuasa mulai 20 April 2026.
Dalam sesi ini, dokumen nota serah tugas yang disaksikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, telah diserahkan secara rasmi yang merangkumi skop tugas, status semasa tugas, senarai dokumen penting, serta perkara-perkara berbangkit yang memerlukan perhatian lanjut. Taklimat ringkas turut disampaikan bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai tanggungjawab yang akan dipikul oleh pegawai baharu.
Adalah diharapkan agar proses penyerahan ini dapat memastikan kesinambungan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Pihak pejabat juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Melvin Chambai Anak Gurang atas segala sumbangan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di Bahagian Sibu.
#PBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #KBSMalaysia #TeamKBS
