- JBS Sarawak
- Hits: 4
Ukhuwah Terjalin, Kenangan Abadi Bersama
- JBS Sarawak
- Hits: 4
Disediakan oleh : Nfks, JBSN Sarawak
17 APRIL 2026, SIBU – Pihak pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Encik Melvin Chambai Anak Gurang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan atas kerjasama, komitmen dan sumbangan sepanjang beliau berkhidmat di Bahagian Sibu. Hari ini merupakan hari terakhir beliau bertugas di pejabat ini dan beliau akan meneruskan perkhidmatan beliau di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit berkuatkuasa 20 April 2026.
Sepanjang tempoh perkhidmatan di PBSB Sibu, beliau telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang. Pihak pejabat turut mendoakan agar beliau diberikan kelancaran dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab baharu di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
#PBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #KBSMalaysia #TeamKBS
