- JBS Sarawak
- Hits: 10
MAKSAK Sibu Perkukuh Agenda Kebajikan, Pacu Kesejahteraan dan Semangat Kesukanan Warga Perkhidmatan Awam
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan oleh : Nfks, JBSN Sarawak
6 APRIL 2026, SIBU – Mesyuarat Kebajikan & Sukan Anggota-anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Bahagian Sibu Bil.1/2026 telah diadakan pada hari ini dan dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Hj. Abg Mohammad Porkan B. Hj. Abg. Budiman, Residen Bhg. Sibu. Meysuarat ini diadakan bagi melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang tahun 2025 oleh pihak MAKSAK Sibu serta membincangkan agenda perancangan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada tahun ini.
Antara agenda aktiviti yang telah dibentangkan adalah Program MAKSAK Berlanggar Meja sinonim dengan hari bersama pelanggan yang melibatkan kesemua jabatan dan agensi kerajaan di Bahagian Sibu yang bakal diadakan pada 17 April 2026 nanti. Turut menghadiri mesyuarat ini adalah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan Pegawai Unit Sukan PBSB Sibu.
Semoga setiap agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi impak positif kepada kebajikan serta pembangunan sukan dalam kalangan anggota serta dapat memperkukuh kerjasama, meningkatkan kesejahteraan dan memupuk semangat berpasukan dalam organisasi.
#PBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #KBSMalaysia #TeamKBS
