- JBS Sarawak
- Hits: 6
Menghargai Kebersamaan, Memperkukuh Semangat Warga Kerja PBSB Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
1 APRIL 2026, SIBU- Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) telah menganjurkan satu program dalaman yang bertujuan memperkukuh hubungan kerja serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan pegawai dan kakitangan.
Program ini memberi ruang kepada warga kerja untuk berinteraksi dalam suasana santai, sekali gus meningkatkan persefahaman, kerjasama berpasukan dan keharmonian organisasi. Inisiatif seperti ini amat penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan berintegriti.
PBSB Sibu sentiasa komited dalam membina persekitaran kerja yang positif, dinamik dan saling menyokong demi kecemerlangan bersama.
#PBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #KBSMalaysia #TeamKBS
