Sama-Sama Turun Padang

Sama-Sama Turun Padang

Sama-Sama Turun Padang
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 30 April 2026 – Pegawai-pegawai dari PBSB Kuching telah turun padang bersama-sama memeriahkan program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Siri 1 Zon Borneo Tahun 2026 yang berlangsung pada 27 April 2026 bertempat di Dewan Kampung Semeba, Kuching.  Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti pertandingan Debat Santai, Jejak Prihatin, Townhall Inspirasi Belia, pameran, jualan ramah, gotong royong dan perlawanan persahabatan bola sepak.

Program ini bertujuan untuk mendekati golongan belia di peringkat komuniti secara langsung dan memberi suntikan motivasi dan inspirasi kepada belia agar lebih berdaya saing, berkeyakinan dan mempunyai hala tuju hidup yang jelas selain daripada menghubungkan agensi dan pemimpin dengan belia di kampung atau komuniti secara lebih dekat dan mesra.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-05-2026, 13:15:52

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search