- JBS Sarawak
- Hits: 24
MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM KIBAR 2026: PUAN HAFIZAH DAHLAN TELITI PERSIAPAN ZON BORNEO
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan Oleh: NL
SAMARAHAN 21 April 2026 – Persiapan bagi menjayakan Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Siri 1 Zon Borneo Tahun 2026 kini berada di fasa penyelarasan rapi melalui satu mesyuarat jawatankuasa yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, hari ini.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Hafizah Dahlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda. Perbincangan memfokuskan kepada perancangan strategik dan gerak kerja setiap unit bagi memastikan objektif program untuk menyantuni belia akar umbi tercapai sepenuhnya.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Puan Norliati Binti Li,Pembantu Belia dan Sukan yang telah diberi kepercayaan dan diarahkan bertugas sebagai pengacara majlis bagi program berkenaan kelak. Kehadiran beliau dalam mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai atur cara dan pengisian program, sekali gus memastikan penyelarasan majlis berjalan lancar mengikut protokol yang ditetapkan.
Komitmen yang ditunjukkan oleh semua ahli jawatankuasa mencerminkan kesungguhan jabatan dalam memastikan Program KIBAR 2026 menjadi platform yang efektif dalam memberi inspirasi kepada golongan belia di seluruh Zon Borneo.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
