GERAN SEJATI MADANI x BELIA: PENYERTAAN PROGRAM SANTUNI SYARAT WAJIB PERMOHONAN

GERAN SEJATI MADANI x BELIA: PENYERTAAN PROGRAM SANTUNI SYARAT WAJIB PERMOHONAN

Disediakan Oleh: NL

SAMARAHAN 18 April 2026 – Program Santuni Pertubuhan Belia SejaTi MADANI X Belia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 yang berlangsung baru-baru ini berjaya memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperkasa golongan muda menerusi inisiatif ekonomi komuniti.

Program yang menghimpunkan pertubuhan belia dari seluruh Sarawak ini merupakan anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), serta Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol ketika menyempurnakan majlis penutup menegaskan bahawa kehadiran ke program santuni ini adalah syarat utama dan keperluan wajib bagi setiap pertubuhan belia sebelum permohonan Geran SejaTi MADANI x Belia boleh dipertimbangkan.

“Masih terdapat segelintir pemimpin belia yang belum menyedari kepentingan program ini. Geran yang menawarkan peruntukan sehingga RM100,000 ini merupakan bukti komitmen kerajaan dalam merancakkan pembangunan serta ekonomi belia di seluruh negara,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, geran tersebut merupakan perluasan kepada program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang memfokuskan kepada pengukuhan aktiviti ekonomi di peringkat akar umbi bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pada majlis yang sama, Saudara Amir Aniqal Rahul bin Sariee, Saudara Bijaya Bin Brahim dan Saudari Nur Fattah Azean bt Yusran wakil Persatuan Belia Samarahan turut disenaraikan sebagai antara penerima sijil penyertaan mereka dalam program tersebut.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search