- JBS Sarawak
- Hits: 23
IPD KOTA SAMARAHAN AKTIF: KOLABORASI SENAMROBIK BERSAMA PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan Oleh: NL
SAMARAHAN, 16 April 2026,– Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Dewan Serbaguna IPD Kota Samarahan bermula jam 8.30 pagi sehingga selesai.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 65 orang warga IPD, terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) serta Pegawai Awam Polis (PAP), menunjukkan komitmen tinggi dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Acara dimulakan dengan kehadiran pegawai dan anggota seawal jam 8.20 pagi, diikuti ketibaan Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai. Program rasmi dimulakan dengan laporan oleh Pegawai Baris, Sjn John Ak Ridgeway Biee (BSJD).
Antara pengisian utama program ialah sesi senaman regangan dan senamrobik yang dikendalikan oleh Puan Norliati Binti Li dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan bersama Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan, yang berjaya menarik penyertaan aktif daripada semua yang hadir.
Program diakhiri dengan sesi bergambar sebelum bersurai sekitar jam 9.30 pagi.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya, serta mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam usaha melahirkan warga polis yang sihat, cergas dan berdaya saing.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
