- JBS Sarawak
- Hits: 19
KOMITMEN TINGKAT PRESTASI: WARGA PBSB SAMARAHAN RAI PERHIMPUNAN BULANAN JBSN SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan Oleh: NL
SAMARAHAN, 8 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Samarahan terus memperkukuh ukhuwah bersama warga jabatan dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak Bil. 2/2026 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, hari ini.
Perhimpunan bertemakan Hari Raya Aidilfitri ini dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Sukan dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak dengan pengisian yang cukup padat dan bermakna.
Pengarah JBSN Sarawak, Tuan Lamat Anak Nyalau dalam amanatnya menitikberatkan soal kualiti penyampaian perkhidmatan dan integriti dalam menggalas hala tuju jabatan.
Perhimpunan kali ini turut menyaksikan penghargaan kepada Puan Norliati Binti Li dari PBSB Samarahan yang terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Februari 2026. Pengiktirafan yang disampaikan oleh Tuan Pengarah ini merupakan satu suntikan semangat buat seluruh warga kerja di peringkat bahagian untuk terus memberikan komitman terbaik dalam setiap tugasan
Majlis turut meraikan sesi pengenalan pertukaran pegawai sebelum suasana bertukar hiba bagi menghargai Encik Mohd Naim Bin Abdul Nasir yang akan berpindah tugas ke IKBN Bandar Penawar, Johor pada 13 April depan.
Acara diakhiri dengan sambutan hari lahir bagi warga yang lahir pada bulan tersebut serta sesi bergambar bagi mengukuhkan semangat #JBSNBersama.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
