Mesyuarat Berkala Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak

Mesyuarat Berkala Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak

Mesyuarat Berkala Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 21 April 2026 – Pada 8 hingga 9 April 2026 yang lalu, semua Pegawai Belia dan Sukan Bahagian-Bahagian dan Ketua-Ketua Bahagian di Ibu Pejabat telah menghadiri mesyuarat berkala peringkat JBSN Sarawak termasuk Cik Margaret Sawing yang mewakili PBSB Kuching. Sebanyak lima mesyuarat telah diadakan pada hari tersebut iaitu Mesyuarat MBJ Bil.2/2026, Mesyuarat JKPAK Bil.1/2026, Mesyuarat JPKA Bil.1/2026, Mesyuarat JKP Bil.1/2026 dan Mesyuarat Pengurusan Bil.2/2026.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Lamat Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak.  Secara keseluruhannya, mesyuarat pada kali ini lebih kepada menyelesaikan isu dan permasalahan dalaman yang dihadapi oleh semua bahagian serta penambahbaikan proses pengurusan dan pentadbiran pejabat amnya, mendapatkan perkembangan terkini pelaksanaan program dan aktiviti di bahagian-bahagian, pembentangan laporan kewangan semasa serta membincangkan penjimatan dan kawalan kos.  Pelaporan kedudukan stok dan inventori daripada Pegawai Aset Jabatan serta membincangkan isu kerosakan atau pelupusan aset serta menilai keperluan perolehan aset baharu.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search