Mesyuarat Penyelarasan Regatta Batang Kayan 2026 Bil.2/2026

Mesyuarat Penyelarasan Regatta Batang Kayan 2026 Bil.2/2026

Mesyuarat Penyelarasan Regatta Batang Kayan 2026 Bil.2/2026
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 21 April 2026 – Pejabat Daerah Lundu akan mengadakan Regatta Batang Kayan pada 25 hingga 27 September 2026 bertempat di Town Square Lundu. Sempena penganjuran regatta ini nanti, Mesyuarat Penyelarasan Regatta Batang Kayan Bil.2/2026 telah diadakan pada 16 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Lundu dan dipengerusikan oleh Encik Zulkarnain Ismail, Pegawai Daerah Lundu.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang tiga hari ini nanti. Acara perlumbaan perahu merupakan aktiviti utama dan dimeriahkan lagi dengan aktiviti sampingan seperti Strongmen Open Competition, Gading Run, pertandingan melastik, pertandingan memanah, pertandingan bola tampar, pameran kebudayaan dan karnival jualan.

Regatta dianjurkan sebagai aktiviti sukan dan pada masa yang sama menjadi tarikan pelancongan yang melibatkan komuniti setempat serta menarik kehadiran pelawat dari luar kawasan. Selain dapat menjana ekonomi tempatan melalui jualan ianya dapat mengeratkan perpaduan masyarakat.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search