- JBS Sarawak
- Hits: 35
“Sungai Kemena Medan Tempur Pemancing Cabaran Udang Galah 2026”
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 APRIL 2026: Kelab Sukan Rekreasi Sejalai dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah mengadakan Program Cabaran Udang Galah 2026 pada 25 April 2026 bertempat di Jeti Rh. Jimun Dideng Sekutan Sebauh. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Lamat Anak Nyalu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Seramai 50 orang peserta telah mendaftarkan diri dan menyertai pertandingan memancing ini bagi merebut hadiah wang tunai yang menarik. Juara Cabaran Udang Galah 2026 akan membawa hadiah wang tunai RM 1000 beserta alat memancing.
Program seperti ini telah menarik minat belia dan penduduk di sekitar Sebauh dalam membudayakan sukan memancing dan membuktikan bahawa Sukan Memancing ini bukan sahaja sekadar hobi malah dapat dijadikan sumber pendapatan dan menaikkan sosioekonomi setempat terutamanya di kawasan luar bandar.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
