- JBS Sarawak
- Hits: 10
TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KELAB BELIA DIPERKUKUH
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan oleh :- NFS, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 22 APRIL 2026: Unit Pembangunan Belia Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah berjaya melaksanakan taklimat ini bagi memperkukuh kecekapan organisasi serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program dalam kalangan ahli belia di Sri Aman.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Encik Sazali Dillah yang menhimpunkan seramai 30 ahli kelab belia dan jawatankuasa tertinggi. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan struktur organisasi, pengurusan kewangan, dokumentasi rasmi serta perancangan aktiviti yang lebih bersistematik dan berimpak tinggi.
Sepanjang sesi berlangsung, mereka turut didedahkan dengan kaedah penyediaan kertas kerja dan strategi mendapatkan dana dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Penekanan turut diberikan kepada kepimpinan belia dan semangat kerja berpasukan.
Dengan adanya inisiatif sebegini, diharapkan kelab belia mampu menjadi platform yang lebih dinamik dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berwawasan dan aktif dalam pembangunan komuniti khas nya di Bahagian Sri Aman.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
