SESI PERBINCANGAN PERANCANGAN SARAWAK AEROBIG DAY SRI AMAN 2026

Disediakan oleh :- NFS, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 22 April – Kunjung hormat ringkas oleh kumpulan Pengiat Sukan dan Amal,Bong 46 daripada sebuah NGO kecergasan telah diadakan di Pejabat Bellia dan Sukan Sri Aman bagi membincangkan kerjasama sebagai penganjur bersama program Aerobig Amal (BANTU Sarawak – Projek Noah’s Ark) yang berkonsepkan senaman aerobik sambil beramal.

Menurut Pegawai Pembangunan Sukan, Mohd Israk Ismail, seramai kira-kira 100 sukarelawan akan digerakkan bagi memastikan kelancaran program berkenaan.

“Kesemua sukarelawan ini terdiri daripada pelbagai badan dan pertubuhan tempatan termasuk SATRIA Sri Aman, Skuad Antidadah Sri Aman serta persatuan dan kelab belia dan sukan yang bernaung dan berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Bahagian Sri Aman,” katanya.

Program tersebut dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober 2026 dan dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search