PROGRAM KOORDINASI GERAK KERJA APPGM-SDG UNTUK PEMETAAN ISU P202 PARLIMEN SRI AMAN

Disediakan oleh :- MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 14 APRIL 2026 – Seramai 50 orang yang terdiri daripada Pengerusi dan Presiden serta Ahli Jawatan Kuasa Kelab Belia dan Kelab Sukan  yang aktif di Bahagian Sri Aman telah hadir dalam satu sesi Koordinasi Gerak Kerja APPGM-SDG untuk Pemetaan isu P202 Parliman Sri Aman yang lepas. Program yang dianjurkan oleh All-party Parliamentary Group Malaysia on SDGs (APPGM-SDG) bertujuan untuk mengenal pasti keperluan dan isu tempatan berdasarkan SDG. APPGM-SDG dan menggunakan pendekatan dari bawah ke atas dan penyertaan dalam memetakan isu serta menganalisis keadaan di lapangan.

Metodologi yang digunakan melibatkan perbincangan kumpulan fokus dengan komuniti akar umbi, pemimpin komuniti, organisasi bukan kerajaan tempatan, pegawai awam di peringkat daerah, ahli parlimen dan pegawai, serta agensi kerajaan. APPGM-SDG memprioritaskan isu utama daripada penemuan pemetaan isu, dengan input tambahan daripada pejabat ahli parlimen dan agensi kerajaan. Pemetaan dan pemeringkatan isu membantu APPGM-SDG dalam mengenal pasti projek penyelesaian tempatan yang akan dijalankan oleh penyedia penyelesaian tempatan.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Sekretariat APPGM-SDG Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria, Pengarah Program Dr. Teo Lee Ken, Ketua Wilayah Sarawak Raine Melissa Riman dan Penyelidik dan Pegawai Dasar Dr. Eva Kristin Larry Sait.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search