- JBS Sarawak
- Hits: 13
ADTEC JTM KAMPUS MIRI LOKASI SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 29 APRIL 2026 – ADTEC JTM Kampus Miri dipilih sebagai lokasi program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri yang akan dilaksanakan pada 13 Mei 2026. Rombongan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri ke ADTEC JTM Kampus Miri telah disambut mesra oleh Encik Tanoon A/L Eh Boon, Timbalan Pengarah (Operasi) dan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Pelajar Dan Latihan, semalam.
Perbincangan ini memberi fokus kepada penganjuran program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri tahun 2026 yang akan diisi dengan pelbagai jenis aktiviti yang bersesuaian bagi menarik penyertaan aktif golongan belia berdasarkan segmen-segmen Hari Belia Negara 2026 dengan tema “Menggerak Belia”.
PBSB Miri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ADTEC JTM Kampus Miri di atas kesudian untuk menjadi rakan kerjasama program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri tahun ini. Diharapkan penganjuran program ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan belia negara peringkat akar umbi. Inisiatif pelaksanaan Hari Belia Negara 2026 menggambarkan sokongan kerajaan yang berterusan kepada golongan belia disamping mempersiapkan golongan belia untuk terus menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
