- JBS Sarawak
- Hits: 13
KUNJUNGAN HORMAT APPGM-SDG
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh :- MII, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 8 APRIL 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada All-party Parliamentary Group Malaysia on SDGs (APPGM-SDG). Deligasi tersebut telah diketuai oleh Ketua Wilayah Sarawak Raine Melissa Riman dan Penyelidik dan Pegawai Dasar Dr. Eva Kristin Larry Sait. Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memberi taklimat ringkas berhubung kajian APPGM-SDG di kawasan Parlimen P202 Sri Aman dan untuk mengkoordinasikan sesi perbincangan berfokus bersama Kelab-kelab Sukan dan Kelab-kelab Belia yang bernaung dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Bahagian Sri Aman. Menurut Cik Raine Melissa Riman, kunjungan ke PBSB Sri Aman adalah atas saranan Tuan Mahra Salleh, Residen Bahagian Sri Aman dalam sesi kunjungan mereka pada 5 Mac 2026 yang lepas.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
