Perbincangan Program Semarak Belia @HBN Tahun 2026 Peringkat Bahagian Kapit

Perbincangan Program Semarak Belia @HBN Tahun 2026 Peringkat Bahagian Kapit

Disediakan oleh : OAK, JBSN Sarawak


KAPIT, 29 April 2026  –  Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit sangat berbesar hati dengan pihak SMK Kapit No. 2 sudi menerima kerjasama untuk melaksanakan program Semarak Belia @Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Bahagian Kapit.  Perbincangan tersebut telah dilaksanakan oleh Encik Lanting Mala, Cawangan Pembangunan Belia PBSB Kapit bersama Encik Nawang Budi, Pengetua SMK Kapit No. 2  dan Encik Kiu Hieng Sing, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Kapit No. 2. Turut hadir bersama pada perbincangan tersebut adalah Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit. 

Perbincangan tersebut meliputi penerangan konsep pelaksanaan program Semarak Belia @Hari Belia Negara dan tarikh pelaksanaan yang akan dilaksanakan pada 15 Mei 2026. Pelaksanaan Sambutan HBN menggambarkan kepentingan golongan belia sebagai aset dalam proses pembangunan negara. Sambutan HBN menjadi simbol kebersamaan belia dan Kerajaan dalam proses membangunkan belia secara holistik serta mewujudkan suasana aman, harmoni dan semangat cintakan negara. 
Sambutan HBN diraikan pada tanggal 15 Mei setiap tahun. Semoga perancangan tersebut akan berjalan lancar setibanya sambutan tersebut dilaksanakan.

#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search