Perbincangan Pelaksanaan Program dan Aktiviti Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit

Perbincangan Pelaksanaan Program dan Aktiviti Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit

Disediakan oleh : OAK, JBSN Sarawak

KAPIT, 29 April 2026  –  Perbincangan bagi setiap program belia, sukan dan rakan muda yang akan dilaksanakan oleh pejabat telah diadakan pada 16 April 2026. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Kapit dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan setiap unit belia, sukan dan rakan muda.

Perbincangan ini meliputi penetapan kalendar perancangan program tahun 2026 yang lebih teratur dan berfokus, usaha sama strategik dengan agensi di bahagian Kapit bagi  melaksanakan program serta melibatkan golongan sasar iaitu belia. Program yang terdekat yang akan dilaksanakan di bahagian Kapit adalah Semarak Belia @ HBN dan Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Kapit Tahun 2026. 

#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search