Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kapit Cultural Festival (KCF) Bilangan 2 Tahun 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kapit Cultural Festival (KCF) Bilangan 2 Tahun 2026

Disediakan oleh : OAK, JBSN Sarawak


KAPIT, 21 April 2026  – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kapit Cultural Festival (KCF) Bilangan 2, Tahun 2026 telah diadakan pada 16 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Kompleks Kerajaan Negeri Kapit. Kapit Cultural Festival adalah acara tahunan utama di Kapit dengan pelaksanaan aktiviti kebudayaan, kraf tradisional dan makanan tempatan. KCF dijadualkan berlangsung pada 17 – 24 Mei 2026 bertempat di Kapit Town Square. 


Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Thomas Anak Geoffrey Kandawang, Pegawai Daerah Kapit. Mesyuarat kali ini memfokuskan pembentangan kertas kerja daripada setiap agensi dan NGO’s yang terlibat dan perbincangan berkenaan perancangan persiapan bagi setiap aktiviti.  Di antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang festival berlangsung adalah seperti Perarakan Niti Daun, Pekit Beramban, Pekit Berpantun, Pertandingan Poco-Poco Etnik Kreatif, Pertandingan Ngajat Individu, Pekit Ngepan Anak Mit, Pekit Kumang Gawai Kapit dan Battle Of The Band. 


Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, ketua-ketua jabatan dan persatuan dan kelab-kelab yang berkaitan. 


#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search