- JBS Sarawak
- Hits: 26
Majlis Perasmian Kejohanan Master Xiang Qi Kebangsaan Ke-24 2026 Buka Tirai Penuh Gaya
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 APRIL 2026: Kejohanan Master Xiang Qi Kebangsaan secara rasmi membuka tirainya semalam 26 April 2026 dalam satu majlis perasmian yang berlangsung penuh meriah dengan kehadiran pemain elit, jurulatih serta peminat sukan catur Cina dari seluruh negara.
Majlis perasmian disempurnakan oleh wakil Pegarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak En. Jeremy Anak Luguh Pegawai Belia Dn Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Dinner World Restaurant yang menegaskan komitmen berterusan dalam memperkasa sukan intelektual serta melahirkan lebih ramai pemain bertaraf profesional di peringkat antarabangsa.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform persaingan sihat, malah berperanan sebagai medan mencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda. “Xiang Qi bukan sekadar permainan, tetapi satu seni strategi yang memerlukan ketajaman fikiran dan disiplin tinggi,” katanya.
Kejohanan Master Xiang Qi Kebangsaan ini menghimpunkan pemain terbaik negara termasuk juara negeri, pemain berpengalaman serta bakat muda yang sedang meningkat naik. Para peserta akan bersaing dalam beberapa pusingan pertandingan bagi merebut gelaran juara kebangsaan.
Seramai 32 orang peserta dari seluruh negara akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang berlangsung selama tiga hari di Li Hua Hotel Bintulu. Pada masa yang sama sesi penyerah replika cek Geran Padanan Sukan (GPS) sebanyak RM20,000.00 kepada Persatuan Xiang QI Negeri Sarawak telah disampaikan oleh En. Jeremy Anak Luguh Pegawai Belia Dn Sukan Bahagian Bintulu. Penganjur berharap kejohanan ini mampu mengangkat sukan Xiang Qi ke tahap lebih tinggi serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
