- JBS Sarawak
- Hits: 30
PBSB BINTULU MENDAPAT KUNJUNGAN DARIPADA MAKSAK MEDIC CARE
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 APRIL 2026: Pihak pejabat mendapat kunjungan daripada MAKSAK Medic Care. Dalam sesi tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai pejabat belia dan sukan bahagian Bintulu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu pada Khamis lalu.
Dalam kunjungan tersebut turut diselitkan dengan penerangan dan taklimat daripada MAKSAK Medic Care berkaitan program kad perubatan sekeluarga dibawah majlis Kebajikan dan sukan anggota-anggota Kerajaan Malaysia. Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan Kad perubatan keluarga sebagai pelan insurans atau perlindungan kesihatan yang meliputi seluruh ahli keluarga (suami, isteri, dan anak-anak) di bawah satu polisi. Ia biasanya digunakan untuk menampung kos rawatan hospital, pembedahan, dan kadang-kadang rawatan pesakit luar.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
