- JBS Sarawak
- Hits: 10
LIMBANG AGRO FUN RUN 5KM MERIAH DENGAN PENYERTAAN PERLBAGAI KAUM
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak.
LIMBANG, 28 APRIL 2026 – “Perpaduan ummah tunjang silaturahim” menjadi satu ideologi menarik dalam memberi wadah persahabatan kukuh di antara kaum yang terdapat di Bahagian Limbang. Hujung minggu lalu telah berlangsung satu program yang dinamakan Limbang Agro Fun Run 5km bersempena Limbang Agrofest 2026. Program gilang gemilang ini yang bertempat di Lot 777, tempat letak kereta Limbang dan acara ini merupakan kerjasama antaraPejabat Pertanian Bahagian Limbang, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Kelab Sukan Rekreasi Pejabat Pertanian Limbang,Sport Gallery dan Kelab Ayam Kampung Berlusir .
Sejauh 5km larian santai dan lebih 400 peserta mengambil bahagian dalam acara tersebut dan agenda utama penganjuran fun run ini ialah untuk melibatkan dan mengeratkan lagi hubungan diantara masyarakat di Limbang yang berbilang kaum.
Larian ini dilepaskan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Adun N79 Bukit Kota Limbang. Turut hadir dan menyertai acara adalah Kesemua Pegawai dari Pejabat Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
