- JBS Sarawak
- Hits: 9
RAMAH TAMAH “GONG XI RAYA”PERINGKAT DAERAH LIMBANG 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 APRIL 2026 – “Syawal diraikan, Persahabatan diutamakan” Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang menyantuni Ramah Tamah “Gong Xi Raya” yang dianjurkan oleh Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Limbang yang bertempat di Dewan Suarah Limbang. Majlis diserikan dengan kehadiran jemputan yang mewakili agensi, Sukarelawan serta Jabatan di Bahagian Limbang. Warga PBSB Limbang juga turut mengambil peluang bertegur sapa serta bertanya khabar antara satu sama lain.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak PPWS kerana telah menjemput PBSB Limbang dalam majlis ramah tamah tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
