- JBS Sarawak
- Hits: 9
KUNJUNGAN BANK RAKYAT BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 9
DISEDIAKAN OLEH: HWH , JBSN SARAWAK
LIMBANG, 28 APRIL 2025 – Minggu lalu telah diadakan satu perjumpaan diantara Unit Promosi Bank Rakyat Bahagian Limbang diwakili Encik Zulfifazriat, bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan aktiviti bagi memperkasa lagi gaya hidup sihat yang memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan didalam konteks perbankan selari dengan slogan Malaysia cergas, sihat dan bersatu antara semua golongan masyarakat khursusnya di bahagian Limbang. Antara perbincangan lain yang diadakan adalah akses kelab dan persatuan dalam membuka akaun di Bank Rakyat, ini satu lagi kemudahan yang ditawarkan bagi NGO dan persatuan di bahagian Limbang.
Puan Aimy Alisha Charlie, Mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut memberi buah cadangan dan idea ketika perjumpaan tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
