- JBS Sarawak
- Hits: 9
PBSB LIMBANG MENERIMA KUNJUNGAN TVS BAGI SESI TEMURAMAH PERSATUAN BELIA
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 APRIL 2026 – “Kemajuan Sesebuah Negara ditentukan oleh Belia itu sendiri” Satu slogan atau ideology yang pernah diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada sidang Asean 2025 lalu.
Minggu lalu telah berlangsungnya satu perjumpaan dan kunjungan daripada TVS ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bagi sesi temu ramah bersama Persatuan Belia di Daerah ini. Persatuan yang ditemuramah ialah dari Kelab Belia Muhibah Kampung Pelita ataupun dikenali sebagai Sure Muhibah. Temuramah ini bakal menjadi saksi bahawa belia di Bahagian Limbang ini sememangnya mempunya kualiti dan mempunyai sifat kepimpinan bagi mendokong hasrat kerajaan di masa akan datang. Dengan adanya temuramah ini mampu memberi semangat dan meningkatkan semangat kecintaan serta patriotisme di kalangan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TVS diatas kehadiran mereke bagi temuramah berkenaan. Beliau juga berkata kerjasama yang baik diantara semua pihak dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang haruslah dikekalkan bagi membina pemimpin di masa akan datang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
