- JBS Sarawak
- Hits: 19
Persatuan Catur Bahagian Miri Terima Dana Sukan Komuniti 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 20 April 2026 – Persatuan Catur Bahagian Miri telah menerima Dana Sukan Komuniti 2026 untuk melaksanakan Pertandingan Catur Tertutup PCBM 2026. Pertandingan tersebut disertai oleh 60 orang peserta sebanyak 6 kategori dengan format classical 30 min + 30 saat sebanyak 6 pusingan, Swiss System, bermula pada 18 April 2026 sehingga 19 April 2026.
Peserta yang terpilih akan mewakili Bahagian Miri ke Kejohanan Catur MSS Sarawak yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Mei 2026. Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri turut hadir untuk membuat pemantauan program tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbmiri
