- JBS Sarawak
- Hits: 9
SAMBUTAN PROGRAM RAKAN BUMI: PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SARAWAK, MERIAH
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 25 April 2026 – Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung semalam berjaya menarik penglibatan aktif golongan belia dalam usaha memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar di Taman Lalulintas MDS.
Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hafizah binti Dahlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Sarawak. Dalam ucapan perasmian, beliau berkata program seumpama ini mampu meningkatkan kesedaran remaja terhadap tanggungjawab memelihara alam sekitar serta melahirkan generasi yang lebih peka dan proaktif.
Antara pengisian utama ialah aktiviti penanaman pokok Bucida Molinetii sebagai simbol komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar, selain penyerahan anak pokok kepada Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Sarikei, Johny Banyang sebagai tanda sokongan terhadap usaha penghijauan berterusan.
Program turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Fun Trail RC (4×4), Eco Adventure dan Treasure Hunt, Aktiviti Hijaukan Bumi, pameran hijau, pertandingan model teknologi hijau serta gotong-royong membersihkan kawasan sekitar.
PBSB Sarikei selaku pengelola program merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan rakan strategik yang bersama-sama menjayakan program ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
