- JBS Sarawak
- Hits: 9
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN BUMI: PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SARAWAK BILANGAN 2 TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan Oleh : ZL, JBSN Sarawak
SARIKEI, 20 April 2026 — Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Bumi bagi Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026 Bilangan 2 telah berjaya dilaksanakan di bilik Mesyuarat 3 IAC Sarikei dengan penyertaan wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), serta pemimpin belia dari seluruh negeri Sarawak.
Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program yang memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar serta penglibatan aktif golongan muda dalam usaha pemuliharaan bumi. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk penambahbaikan modul program, penyelarasan aktiviti di peringkat daerah, serta strategi memperluas penyertaan belia dalam inisiatif Rakan Bumi.
Pengerusi mesyuarat dalam ucapannya menekankan kepentingan kolaborasi antara pelbagai pihak dalam memastikan kejayaan projek ini. Beliau turut mengingatkan bahawa generasi muda memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dalam menangani isu-isu alam sekitar seperti pencemaran, perubahan iklim dan pemeliharaan biodiversiti.
Mesyuarat ini diakhiri dengan kesepakatan semua pihak untuk mempergiat usaha dan komitmen dalam menjayakan Projek Planet Rakan Muda 2026, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi belia yang cakna dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.
Program Rakan Bumi diharap terus menjadi platform efektif dalam membina kesedaran serta memupuk budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda di Sarawak.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
