- JBS Sarawak
- Hits: 17
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGANJURAN LIGA SUKAN KOMUNITI BAHAGIAN SARIKEI BILANGAN 1 TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan Oleh: Abdul Rani, JBSN Sarikei
SARIKEI, 22 April 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Sarikei Bilangan 1 Tahun 2026 telah berjaya diadakan dengan lancar bagi membincangkan perancangan awal penganjuran liga tersebut.
Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei itu dipengerusikan oleh YBrs, Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagia Sarikei dan dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang dilantik daripada pelbagai agensi serta wakil komuniti setempat. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaras gerak kerja serta memastikan kelancaran pelaksanaan program sukan komuniti yang dirancang akan berlangsung pada 13 Jun 2026.
Dalam ucapannya, pengerusi menekankan kepentingan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan bagi memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti di Bahagian Sarikei.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perancangan jadual pertandingan, pemilihan lokasi, penyediaan kemudahan, yuran penyertaan, teknikal penganjuran, serta pembahagian tugas dalam kalangan jawatankuasa. Selain itu, aspek keselamatan dan pengurusan peserta turut diberi perhatian bagi memastikan penganjuran berjalan dengan teratur dan selamat.
Dengan komitmen padu daripada semua pihak yang terlibat, Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Sarikei 2026 dijangka dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat kepada seluruh masyarakat setempat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
