Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong Bantu Penubuhan Kelab Sukan Snooker Mengikut Garis Panduan Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong Bantu Penubuhan Kelab Sukan Snooker Mengikut Garis Panduan Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Disediakan oleh : Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 27 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan daripada Puan Sih Yiah May dan Encik Hwa Foo pada 23 April 2026 yang hadir bagi mendapatkan bimbingan berkenaan proses pendaftaran sebuah badan sukan. Kelab yang dicadangkan untuk ditubuhkan adalah Sukan Snooker Saratok. 

Dalam sesi pertemuan tersebut, Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah memberi penerangan mengenai prosedur permohonan pendaftaran badan sukan melalui sistem eROSA. 

Pihak pejabat turut menzahirkan komitmen untuk membantu agar proses pendaftaran kelab ini dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut tatacara yang ditetapkan. Diharapkan kelab ini menjadi wadah kepada peminat snooker untuk aktif bersukan, sekali gus menyuburkan budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

#TeamJBSN

#JBSNBersama

#MalaysiaMadani

#IhsanMADANI

#HarungiBersama

#pbsbbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search