- JBS Sarawak
- Hits: 16
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja KIBAR Siri 1 Zon Borneo Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KUCHING, 21 April 2026 – Bagi memastikan kelancaran penganjuran Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Siri 1 Zon Borneo Tahun 2026, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, JBSN Sarawak, semalam. Sesi mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi itu dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak selaku Pengerusi sebelum diteruskan dengan taklimat komprehensif mengenai kerangka Program KIBAR oleh Encik Mohammad Afiq Abdul Azizi, selaku Pegawai Penyelaras Program KIBAR.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk menarik minat belia yang tidak berpersatuan agar menyertai pertubuhan belia secara berstruktur. Program ini juga bertindak sebagai wadah penting dalam menyediakan platform dialog dua hala antara belia akar umbi dengan pihak Kerajaan bagi mengumpul aspirasi generasi muda. Penyelarasan rapi amat kritikal memandangkan program ini menyasarkan penglibatan kelompok belia luar bandar secara khusus.
Mesyuarat kemudiannya memfokuskan kepada pembentangan cadangan Jawatankuasa Kerja. Perincian peranan serta tanggungjawab setiap agensi pelaksana telah digariskan bagi mengelakkan pertindihan tugas. Sesi diakhiri dengan perbincangan terbuka yang memberi ruang kepada ahli mesyuarat untuk menyelaras gerak kerja logistik dan teknikal secara holistik.
Untuk rekod, Program KIBAR Zon Borneo ini dijadualkan bakal berlangsung pada 27 April 2026. Acara berskala besar ini akan beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Dewan Kampung Semeba, Kuching.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#JBSNSarawak
