Pemeriksaan Pegawai Teknikal ICT Bagi Perakuan Pelupusan (PEP) Aset ICT Di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong

Pemeriksaan Pegawai Teknikal ICT Bagi Perakuan Pelupusan (PEP) Aset ICT Di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong

Disediakan Oleh: JT, JBSN Sarawak

BETONG, 23 April 2026 – Hari ini, pejabat telah menerima kunjungan Encik Gregory Anak Nelson Awai dan Puan Fazika Binti Hamid daripada Politeknik METrO Betong untuk melakukan pemeriksaan aset untuk pelupusan iaitu pemeriksaan ke atas satu unit komputer meja bagi tujuan Perakuan Pelupusan (PEP).

Tujuan pemeriksaan aset untuk pelupusan adalah untuk memastikan bahawa aset yang dicadangkan untuk dilupuskan benar-benar tidak lagi sesuai digunakan, tidak ekonomik untuk dibaiki, atau telah mencapai akhir jangka hayatnya. Antara tujuan utama termasuk menilai keadaan fizikal aset, mengesahkan status penggunaan sama ada aset tersebut tidak lagi digunakan atau tidak diperlukan oleh jabatan, menentukan nilai sisa/nilai pasaran atau hanya sesuai untuk dilupuskan, memastikan pematuhan prosedur supaya pelupusan dilakukan mengikut peraturan kewangan dan garis panduan kerajaan atau organisasi.

Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Betong mewakili pejabat ini mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama, pandangan dan nasihat mereka semasa pemeriksaan tersebut. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search