Kunjungan Politeknik METrO Betong Ke Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong Bincang Hala Tuju Kerjasama

Kunjungan Politeknik METrO Betong Ke Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong Bincang Hala Tuju Kerjasama

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 22 April 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan rasmi daripada Politeknik METrO Betong pada hari ini bagi membincangkan hala tuju kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Puan Emirudziawati bt Juni, Timbalan Pengarah Politeknik METrO Betong, Puan Winnie anak Chengai, Ketua Jabatan Sokongan Akademik bersama beberapa pegawai PMBS. Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kolaborasi dalam pembangunan belia dan sukan di Bahagian Betong.

Dalam perbincangan tersebut, Encik Amydisyukrie bin Md Yusoff, Pegawai Pendidikan Pengajian Tingi PMBS telah membentangkan latar belakang institusi, pencapaian pelajar, program-program yang ditawarkan serta perancangan program baharu pada bulan Disember nanti. 

Selain itu, beliau menekankan kepentingan menjalinkan kerjasama bersama memandangkan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mempunyai pelbagai program yang boleh dijadikan platform strategik untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar agar dapat terlibat secara aktif.

Sementara itu, Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerangkan mengenai garis panduan penubuhan Sekretariat Rakan Muda serta bantuan kewangan Program Rakan Muda Tahun 2026 (Dana Rakan Muda). Beliau turut menekankan kepentingan penganjuran program bersama yang melibatkan pelajar sebagai medium pembangunan sahsiah dan kepimpinan.

Kerjasama ini dilihat mampu menjadi platform terbaik dalam memperkasakan peranan institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam pembangunan belia di samping memberi impak positif kepada pelajar. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk merangka pelan tindakan susulan bagi memastikan segala perbincangan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan program yang berimpak tinggi.

 

#TeamJBSN

#JBSNBersama

#MalaysiaMadani

#IhsanMADANI

#HarungiBersama

#pbsbbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search