- JBS Sarawak
- Hits: 11
Perbincangan Pelaksanaan Program Dan Aktiviti Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh: JAT, JBSN Sarawak
BETONG, 21 April 2026 – Demi memastikan setiap program dan pengisian aktiviti belia, sukan dan rakan muda yang akan dilaksanakan oleh pejabat ini mencapai kumpulan sasar, satu sesi perbincangan program dan aktiviti telah diadakan pada 16 April 2026 bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Betong dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan setiap unit belia, sukan dan rakan muda.
Perbincangan ini meliputi kalendar perancangan, pengisian aktiviti di setiap program, kumpulan sasar, lokaliti, kesesuaian tempat, kemudahan prasarana dan jalinan rakan strategik yang akan bekerjasama dan terlibat semasa pelaksanaan program. Semasa perbincangan ini juga, pengerusi memaklumkan bahawa program Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan pada 17 Oktober 2026 bakal diadakan di bahagian Betong.
