- JBS Sarawak
- Hits: 24
Taklimat Program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Dan Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 21 April 2026 – Satu taklimat Program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian dan Negeri Sarawak telah diadakan pada hari ini secara maya yang melibatkan semua Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan bagi setiap bahagian.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan dimana beliau menerangkan secara terperinci mengenai pelaksanaan program serta tarikh pelaksanaan di peringkat bahagian dan negeri.
Seterusnya, penerangan berkaitan peraturan am pertandingan telah disampaikan oleh Encik Dennis anak Dempi, Penolong Pegawai Belia dan sukan yang turut menjelaskan syarat-syarat serta garis panduan pelaksanaan program bagi memastikan keseragaman di semua bahagian.
Dimaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan Program LSK 2026 bagi peringkat bahagian adalah pada 13 Jun 2026 manakala peringkat negeri akan berlangsung pada 18 Julai 2026. Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Turut hadir dalam taklimat ini ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong serta Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsbbetong
