- JBS Sarawak
- Hits: 20
Perbincangan Program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 21 April 2026 – Satu sesi perbincangan bagi Program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Betong telah diadakan pada 20 April 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam binti Haji Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong serta dihadiri oleh rakan kerjasama strategik iaitu Mixter Netball Club, Unity Volleyball Club dan Hermanos Football Club.
Tujuan perbincangan ini adalah untuk menerangkan konsep program serta objektifnya di samping bertukar pandangan dan membincangkan aspek pelaksanaan program, termasuk pemilihan lokasi, keselamatan serta peraturan pertandingan.
Program ini akan berlangsung pada 13 Jun 2026 di Saratok. Maklumat lanjut berkenaan lokasi bagi setiap acara sukan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat mengeratkan hubungan antara semua pihak dan seterusnya memastikan program dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsbbetong
