Program Futsal Of Unity 2026 Kpg Tuie, Pusa Terus Mendapat Sambutan Menggalakkan (Dana Sukan Komuniti)

Program Futsal Of Unity 2026 Kpg Tuie, Pusa Terus Mendapat Sambutan Menggalakkan (Dana Sukan Komuniti)

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 20 April 2026 – Kelab Bola Sepak Kasukan telah menganjurkan Program Futsal of Unity 2026 Kpg Tuie pada 18 dan 19 April 2026 bertempat di Dewan Sukan Baru Kpg Tuie. Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 16 pasukan bukan sahaja penyertaan dari komuniti setempat malah turut melibatkan penyertaan dari Kuching, Sri Aman dan bahagian lain. 

Keputusan akhir pertandingan adalah seperti berikut: 

Juara: Pasukan Odyssey's 

Naib Juara: Pasukan Bintang Barat

Ketiga bersama: Pasukan Samba S dan Samba X

Pelaksanaan pertandingan ini telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK). Turut hadir memeriahkan program ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong yang telah menyampaikan ucapan penangguhan program tersebut. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan aktiviti sukan sebagai medium menyatukan komuniti serta ucapan tahniah kepada pihak kelab atas kejayaan penganjuran program tersebut. 

Beliau turut menyatakan bahawa penganjuran ini merupakan kali ketiga diadakan sejak penubuhan kelab sekali gus membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasa aktiviti belia melalui sukan. Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang serta semua peserta yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang program berlangsung.

#dskkbs2025

#TeamKBS

#TeamJBSN

#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search