- JBS Sarawak
- Hits: 14
Mesyuarat Penyelarasan Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Mukah 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 24 APRIL 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Mukah 2026 telah diadakan pada 23 April 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah yang turut dihadiri wakil dari kelab yang terlibat. Hadir sama mesyuarat Encik Mohammad Arbi Rosli, Pegawai Unit Pembangunan Sukan
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah penentuan tarikh dan tempat program, jumlah penyertaan pasukan, pembahagian tugas, pembentangan anggaran perbelanjaan serta keperluan program. Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Mukah 2026 menyaksikan 3 jenis sukan yang bakal dipertanding iaitu Bola Jaring Wanita, Futsal lelaki dan Bola Tampar Lelaki masing-masing menyediakan hadiah wang tunai bagi Johan RM 500.00, Naib Johan RM 300.00 dan Tempat Ketiga Bersama RM 200.00. Pasukan Johan dan Naib Johan bagi setiap jenis sukan layak menyertai Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Sarawak 2026 yang akan diadakan pada 18 Julai 2026.
