- JBS Sarawak
- Hits: 14
Perbincangan Kerjasama Program Antara PBSB Mukah dan Kem Belia Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 24 APRIL 2026 – Perbincangan kerjasama program antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Kem Belia Mukah telah diadakan pada 23 April 2026 bertempat di Pejabat Pentadbiran Kem Belia Mukah. Sesi perbincangan tersebut telah diketuai Encik Bonnie Manau Michael Amerikan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Encik Satar Smawi, Pengetua Kem Belia Mukah. Hadir sama Encik Mohammad Arbi Rosli semasa perbincangan tersebut.
Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan menggunakan fasiliti di Kem Belia Mukah sebagai lokasi pelaksanaan program serta penetapan tarikh yang bersesuaian mengikut kekosongan tarikh masa yang ada. Selain itu, khidmat jurulatih dari Kem Belia Mukah turut diperlukan dalam membantu melancarkan program bagi memenuhi modul-modul yang disediakan. Antara program yang bakal dilaksanakan di Kem Belia Mukah ialah Kursus Kemahiran Rekreasi Luar (Outrec) Tahap 2 Peringkat Zon dan Kem Belia Mukah.
