PBSB Mukah Siap Sedia Laksanakan Program Tahun 2026

PBSB Mukah Siap Sedia Laksanakan Program Tahun 2026

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 23 APRIL 2026 – Beberapa program belia, sukan dan rakan muda telah diturunkan ke bahagian Mukah untuk dilaksanakan pada tahun ini. Selaras itu, perbincangan antara para pegawai telah diadakan pada 22 April 2026 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Puan Noorlina Mirais selaku Pegawai Unit Belia dan Rakan Muda bersama Encik Mohammad Arbi Rosli, Pegawai Unit Sukan turut hadir dalam perbincangan tersebut.

Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan tarikh, tempat, sasaran penyertaan serta kaedah pelaksanaan program seperti yang telah ditetapkan. Turut ditekankan juga kepada semua pegawai untuk mengenal pasti rakan strategik yang turut bekerjasama dalam menjayakan program. Program-program yang bakal dilaksanakan ialah Semarak Hari Belia Negara, Kem Belia, Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda @ Rakan Prihatin, Program Liga Sukan Komuniti, Program Inspire i-Talent dan Kursus Kemahiran Rekreasi Luar (Outrec) Tahap 2. Program-program yang lain bakal menyusul secara berperingkat untuk dilaksanakan di bahagian Mukah.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search