- JBS Sarawak
- Hits: 7
SDEC Anjur Program Menghubungkan Komuniti Melalui Inovasi dan Kolaberatif
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 21 APRIL 2026 – Program Mukah Digital Innovation Hub: Menghubungkan Komuniti Melalui Inovasi dan Kolaberasi telah diadakan pada 16 April 2026 di SDEC Hub Mukah. Encik Mohammad Arbi Rosli mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah hadir ke program tersebut bersama beberapa agensi lain.
Program tersebut telah diisi dengan penerangan ringkas berkaitan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) Hub Mukah untuk komuniti. Selain itu, dalam majlis tersebut juga diselitkan taklimat ringkas daripada PERKESO Mukah berkenaan beberapa produk mereka untuk perlindungan golongan wanita dan golongan bekerja sendiri.
