- JBS Sarawak
- Hits: 7
Perbincangan Awal Program Karnival Sukan Luar Bandar Kampung Long Suling
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 20 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri telah mengadakan sesi perbincangan awal bersama pihak JKKK Kampung Long Suling yang diwakili oleh KK Ding Lah, Encik Ngau Lah dan Encik Ding Ngau bagi membincangkan pelaksanaan Program Karnival Sukan Luar Bandar 2026 pada 17 April yang lalu.
Perbincangan tersebut bertujuan untuk menyelaras pelbagai aspek penting menjelang penganjuran karnival sukan tersebut, yang bakal menjadi platform penglibatan aktif komuniti luar bandar dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah kemudahan fasiliti pertandingan, persediaan lokasi acara, aspek teknikal pertandingan, serta penyertaan peserta dari kawasan sekitar.
Karnival ini juga dijangka menarik minat belia tempatan menerusi pengisian aktiviti sukan selaras dengan objektif program untuk memupuk semangat kesukanan dan memperkasa gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat luar bandar.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbmiri
