- JBS Sarawak
- Hits: 9
Majlis Penutup Training of Trainers Program Pengurusan Organisasi Zon Borneo 2026 Perkasa Kepimpinan Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KOTA KINABALU, 16 April 2026- Majlis Penutup Training of Trainers ( ) bagi Program Pengurusan Organisasi Peringkat Zon Borneo 2026 telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan pegawai-pegawai belia dan sukan dari seluruh wilayah Borneo. Seramai empat orang pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak turut hadir bersama, menunjukkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kapasiti pengurusan organisasi di peringkat negeri.
Program ini turut disertai oleh seramai 31 pegawai yang terdiri daripada wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, serta agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Kehadiran peserta yang pelbagai ini memberi peluang untuk perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan organisasi belia.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dr. Zainah Binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Turut hadir ialah Puan Laila Nazura Binti Nawi, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan, JBSN serta Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Program ini diharap dapat melahirkan jurulatih yang kompeten dan berdaya saing dalam memperkasakan pengurusan organisasi belia di Malaysia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
